Sunday, 17 January 2010

Mengenai FTA ( Free Trade Agreements ) atau "Perjanjian Perdagangan Bebas" di antara negara...

Lazimnya saya akan membuat penulisan hasil-hasil kajian saya di dalam Bahasa Inggeris,
ini kerana kebanyakan buku-buku Ilmiah dan Kajian mendalam lazimnya berada di dalam
Bahasa Inggeris dan oleh kerana permintaan yang rendah terhadap buku-buku ilmiah dan akademik di dalam Bahasa Melayu, kerana sifat dan tabiat membaca orang-orang Melayu kita yang lemah; jadi lazimnya buku-buku ini jarang di terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kerana tidak ada 'permintaan' yang meluas dalam pasaran buku-buku Bahasa Melayu tempatan untuk jenis-jenis buku-buku kajian yang saya suka membaca.

Tetapi bagi tatapan saudara-saudari rakan seperjuangan saya melawan penindasan, sifat perkauman dan juga korupsi yang kini menular dan meluas di negara Malaysia kita yang tercinta ini, saya akan cuba sedaya upaya bagi menjadikan ruangan Blog saya ini sebuah ruang untuk berkongsi 'maklumat' dan lebih-lebih 'ilmu pengetahuan' bersama, sekiranya ilmu itu ada pada saya, maka di sinilah ruangnya.

Jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan ruangan Blog saya ini "DWI-Bahasa" di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, dan saya berharap sekiranya saudara-saudari rakan seperjuangan di dalam Alam Maya ini boleh memaafkan saya sekirany sekali-sekala anda akan melihat penulisan saya lebih kepada Bahasa Inggeris kadangkala kerana saya tidak mahu meminggirkan para-para sahabat saya dari luar negara dan juga yang berbangsa-bangsa lain di Malaysia yang lebih 'lembut' dan bisa lidah mereka bertutur bahasa Inggeris.

Di bawah ini adalah Rencana lama saya mengenai "Perjanjian Perdagangan Bebas" atau "Free-Trade-Agreements" ( FTA ) yang pernah saya tuliskan dan terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk Akhbar Utusan Melayu sewaktu zaman pemerintahan 'Pak Lah', yang ingin saya kongsi bersama rakan-rakan dan sahabat seperjuangan.

( Sila KLIK di gambar untuk di besarkan bagi memudahkan pembacaan )



( Sila KLIK di gambar untuk di besarkan bagi memudahkan pembacaan )

Sememangnya di dalam dunia Global kita hari ini...terdapat banyak jenis Perjanjian-perjanjian Antarabangsa...dan inilah merupakan antara tugas-tugas "Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu" ( PBB) atau "The United Nations" di mana sebagai sebuah IO ( International Organization ) atau " Pertubuhan Antarabangsa", ia mempunyai banyak badan-badan cabang yang berkenaan bagi meneliti serta memantau setiap negara yang menjadi ahli kepada PBB dan kepada Perjanjian-perjanjian Antarabangsanya, supaya negara-negara ahlinya MEMENUHI syarat-syarat yang termaktub di dalam perjanjian-perjanjian di bawah badan-badan IO'nya.

Sekiranya anda bekerja untuk sebuah syarikat "Multinational Corporation" atau MNC, yakni syarikat gergasi 'antarabangsa' yang beroperasi serta menjual barangan di hampir seluruh dunia seperti 'Microsoft', 'Apple', 'Ford' ataupun 'Sony'. Sememangnya syarikat-syarikat ini akan mempunyai seorang Pengarah Eksekutif Polisi Global atau " Senior Executive of Global Policy" yang bekerjasama rapat dengan bahagian "Perundangan" sesebuah syarikat bagi melakukan kajian penyelidikan serta memastikan operasi-operasi 'anak-anak syarikat' yang berada di luar negara mematuhi piawaian Perjanjian-perjanjian Antarabangsa dan akan meneliti juga samada negara-negara di mana mereka ingin membuka cawangan mereka adalah AHLI kepada perjanjian-perjanjian antrabangsa tertentu.

Polisi-polisi dan perundangan sesebuah negara memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan asing kerana setiap syarikat yang inging melabur di dalam pasaran sesebuah negara ingin memastikan bahawa mereka tidak di layan dengan cara yang menyukarkan operasi di dalam sesebuah negara itu...

Saya berharap di masa hadapan saya boleh membantu berkongsi lebih lagi maklumat bersama saudari-saudari rakan seperjuangan di ruang Alam Siber ini...